M’sia rangka undang-undang berkaitan jerebu

M’sia rangka undang-undang berkaitan jerebu

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) – Undang-undang berkaitan jerebu rentas sempadan sedang dirangka yang akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja terlibat termasuk syarikat dari negara luar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang dicadangkan berbeza dengan undang-undang Singapura yang membenarkan tindakan diambil terhadap syarikat milik negara itu sahaja.