M’sia, Singapura mula puasa esok

M’sia, Singapura mula puasa esok

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) – Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan mula berpuasa Khamis ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumumannya yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Manakala itu Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram mengumumkan malam ini bahawa hari permulaan puasa bagi bulan Ramadan di Singapura jatuh pada Khamis (18 Jun).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata menurut kiraan falak, anak bulan Ramadan malam ini tidak memenuhi kriteria dipersetujui bersama oleh negara-negara anggota MABIMS (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura).

Oleh yang demikian, katanya, esok adalah hari terakhir bulan Syaaban.

“Saya mengucapkan Ramadan al-Mubarak ke atas setiap Muslim di Singapura.

“Dalam bulan yang penuh berkat ini, saya menyeru setiap Muslim mengambil peluang memupuk ikatan keluarga yang lebih erat dan menjalankan ibadat seperti bersahur di samping beriftar dan mengerjakan solat malam bersama sebagai satu keluarga.

“Semoga Allah memberi kita petunjuk untuk melakukan ibadat dengan penuh tawaduk dan mempertingkat iman kita,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA