M’sia terlepas peluang menang emas di Rio

M’sia terlepas peluang menang emas di Rio

RIO DE JANEIRO, 21 Ogos – Malaysia kehilangan peluang terbaik untuk memenangi pingat emas Olimpik apabila Sukan Olimpik Rio melabuhkan tirainya pada Ahad.

Walaupun tiga atlet Malaysia berjaya mara hingga ke perlawanan akhir dalam acara badminton, namun tidak seorang pun daripada mereka berupaya meraih pingat emas, termasuklah harapan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, yang terpaksa berpuas hati dengan meraih pingat perak sahaja untuk Olimpik terakhirnya dalam acara perseorangan lelaki.

Selain Chong Wei, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, juga gagal menjangkau pingat emas apabila kesemua mereka kalah pada perlawanan akhir.

Ratu terjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong merintis langkah perburuan pingat emas bagi Malaysia apabila mereka memenangi pingat perak dalam acara platform 10m seirama. – Bernama

pg24_160822_olympic logo

Datuk Lee Chong Wei bergambar bersama pemenang pingat emas dari China, Chen Long (tengah) dan pemenang pingat gangsa dari Denmark Viktor Axelsen pada perlawanan akhir badminton perseorangan di Riocentro Pavilion 4 sempena Sukan Olimpik Rio 2016 Sabtu lalu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA