M’sia, Thai setuju bangunkan industri jagung bijirin

M’sia, Thai setuju bangunkan industri jagung bijirin

BANGKOK, 8 Sept – Thailand dan Malaysia bersetuju untuk menjalin kerjasama lebih erat bagi membangunkan industri jagung bijirin di Malaysia, nkata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia mahu menggunakan pengalaman Thailand dalam mengusahakan bidang penanaman bahan makanan tersebut.

“Malaysia kini dalam usaha memulakan penanaman jagung bijirin bagi tujuan makanan ternakan, dan boleh mendapat manfaat daripada pengalaman Thailand dalam bidang tersebut,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand Jenderal Chatchai Sarikulya.

Pertemuan itu adalah sebagai persediaan sebelum mesyuarat konsultasi tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya Jenderal Prayut Chan-o-cha, esok.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diiringi pengusaha projek ternakan ikan kelah Mohamad Hanafi Awang memberi makan kepada ikan kelah ketika mengadakan lawatan ke Far East Planet Agrofarm, Kampung Air Merah yang lalu. Ahmad Shabery berkata jagung merupakan bahan mentah terpenting dalam makanan ternakan termasuk bagi ayam, lembu, kambing dan ikan akuakultur. – Bernama

Ahmad Shabery berkata jagung merupakan bahan mentah terpenting dalam makanan ternakan termasuk bagi ayam, lembu, kambing dan ikan akuakultur.

“Pada masa ini, kita terpaksa mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin,” katanya sambil menambah setiap tahun Malaysia mengimport empat juta tan metrik jagung bijirin dengan nilai melebihi RM3 bilion.

Jika sebahagian jumlah ini dapat ‘didomestikkan’, beliau berkata Negara bakal mewujudkan satu ekosistem industri baharu yang memberi peluang besar kepada pengusaha di sepanjang rantaian nilainya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA