M’sia tuan rumah ACC 2018

M’sia tuan rumah ACC 2018

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 (ACC 2018) selepas Thailand dan Korea Selatan menarik diri dari pembidaan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata keputusan sebulat suara itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC 2016 di Qatar semalam.

Beliau berkata dengan pemilihan Malaysia selaku tuan rumah, ia memberi laluan mudah kepada tiga pelumba negara khususnya Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustapa untuk mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA