M’sia tuan rumah Sukan SEA 2017

M’sia tuan rumah Sukan SEA 2017

SINGAPURA, 17 Jun (Bernama) – Setelah beberapa hari memerah keringat dan mental untuk beradu kehebatan dalam pelbagai acara, para atlet akhirnya berpeluang untuk melupakan segala tekanan dan berpesta dalam acara penutup Sukan SEA ke-28 yang berlangsung dengan penuh meriah serta warna warni di Stadium Nasional Singapura di sini, Selasa malam.

Dalam acara penuh gilang gemilang yang sama meriahnya dengan upacara perasmian sukan dwitahunan beberapa hari lepas, Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam secara rasmi menutup tirai Sukan SEA ke-28 yang kembali berlangsung di republik ini selepas 22 tahun.

Ribuan hadirin yang membanjiri venue pesembahan bersorak riang apabila pelbagai acara menarik temasya sukan bertemakan ‘Celebrate’ ini, ditayang kembali pada papan markah di stadium berkenaan.

Saat paling bermakna bagi para atlet ialah apabila mereka berarak masuk ke stadium mengikut kontinjen negara masing-masing, sama seperti pada upacara perasmian sebelum ini, dengan kebanyakaan mereka mengenakan pakaian trek sambil mengibarkan bendera kecil negara masing-masing.

Percikan bunga api beraneka warna menjulang di ruang udara stadium dan menimbulkan suasana meriah dalam kalangan orang ramai serta atlet dari 11 negara Asia Tenggara apabila Tan mengisytiharkan berakhirnya sukan itu dan mengajak para belia dari Asia Tenggara supaya berkumpul semula dua tahun lagi di Kuala Lumpur untuk menjayakan Sukan SEA ke-29.

Khairy Jamaluddin mengibarkan bendera Tuan Rumah Sukan SEA Ke-29 selepas menerimanya daripada Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (dua kanan) pada upacara perasmian penutupan Sukan SEA Ke-28 di Stadium Nasional Singapura semalam. – Bernama
Khairy Jamaluddin mengibarkan bendera Tuan Rumah Sukan SEA Ke-29 selepas menerimanya daripada Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (dua kanan) pada upacara perasmian penutupan Sukan SEA Ke-28 di Stadium Nasional Singapura semalam. – Bernama

Ketika Sukan SEA Singapura beransur-ansur melabuhkan tirainya, tumpuan warga rantau ini segera beralih kepada Malaysia, negara yang akan menjadi tuan rumah edisi Sukan SEA berikutnya pada 2017.

Presiden Majlis Olimpik Singapura, Tan Chuan Jin, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, menyerahkan bendera Persekutuan Sukan SEA kepada presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, yang kemudian menyerahkannya pula kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, selaku pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017.

ARTIKEL YANG SAMA