M’sia, Ukraine perkukuh kerjasama teknikal tentera

M’sia, Ukraine perkukuh kerjasama teknikal tentera

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Malaysia dan Ukraine telah memeterai satu perjanjianuntuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama bagi memperluas kerjasama dalam bidang teknikal ketenteraan, kata Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylos.

Beliau berkata langkah itu telah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuaratantara Presiden Ukraine Petro Poroshenko dan Menteri Pertahanan Malaysia DatukSeri Hishammuddin Tun Hussein semasa lawatan rasmi sulung tiga hari Poroshenko ke Malaysia dari 3 hingga 5 Ogos.

“Kerjasama pertahanan merupakan bidang di mana kedua-dua negara telah lamaberganding bahu…dan menerusi kunjungan terkini di peringkat tertinggi,kedua-dua pihak pasti menjadikannya satu realiti,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di ibu pejabat agensi berita itu baru-baru ini.

Duta yang baharu dilantik itu berkata kementerian pertahanan kedua-dua negara kini memfokus kepada persiapan menganjurkan mesyuarat pertama suruhanjaya tersebut dan tidak lama lagi akan melantik pengerusi bersama seperti yang dipersetujui.

Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo. – Bernama
Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo. – Bernama

Selaras peningkatan kerjasama itu, Nechytaylo berkata Ukraine juga berminatuntuk berkongsi kepakarannya dengan Malaysia dalam peralatan ketenteraan dan teknologi serta pembangunan pesawat terkini.

Duta itu berkata suruhanjaya tersebut akan memanfaatkan kedua-dua negara danselaras dengan polisi kerajaan Ukraine bagi mempertingkat interaksi dengan Malaysia dalam sektor pertahanan serta ketenteraan.

Nechytaylo, yang menyerahkan watikah pelantikannya kepada Yang di PertuanAgong pada 18 Julai, berkata beliau akan berusaha untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan dua hala Malaysia-Ukraine. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA