MSPDB ‘A’ juara sepak takraw

MSPDB ‘A’ juara sepak takraw

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘A’ (MSPDB) menjuarai Piala Sepak Takraw Kebangsaan NBT Sdn Bhd kali ke-5 setelah menewaskan Pasukan Brunei 88 ‘B’ dengan mata 21-17, 23-21 dan 21-19.

Setelah mendapat tentangan hebat daripada Pasukan Brunei 88 ‘A’ di peringkat separuh akhir Pasukan MSPDB ‘B’ dipaksa bermain di pusingan penentuan bermula di peringkat separuh akhir .

Pasukan Brunei 88 ‘B’ pula menewaskan Pasukan MS PDB ‘B’ di peringkat separuh akhir yang juga ditentukan pada straight set dengan mata (21-19, 21-15).

Hadir ke Kompleks Sukan Menglait selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah adalah Pengurus NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Mansor bin Haji Mohd Yassin.

Gambar ramai bersama Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘A’.
Gambar ramai bersama Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘A’.

ARTIKEL YANG SAMA