Muat turun Messenger lebih 1 bilion

Muat turun Messenger lebih 1 bilion

SAN FRANCISCO, 10 Jun (AFP) – Facebook semalam meluahkan rasa bangga kerana aplikasi Messenger Facebook versi Android telah dimuat turun lebih satu bilion kali dari Google Play Store.

“Gembira berjaya masuk ke dalam kelab muat turun Android lebih 1 bilion yang sangat eksklusif,” ketua pasukan Messenger, David Marcus berkata di online.

Selain Facebook, hanya Google bermegah dengan aplikasi mereka dengan lebih satu bilion muat turun Google Play ke peranti telefon bimbit Android, menurut berita teknologi laman sesawang TechCrunch.

Forum sembang di halaman Messenger di Google Play penuh dengan sanjungan tetapi banyak dengan ulasan bahawa pengiraan tinggi muat turun dijana oleh perkhidmatan Facebook yang digunakan secara meluas dari rangkaian sosial, yang membuatkan orang ramai mendapatkan aplikasi itu.

Tahun lalu Facebook menghentikan Messenger dari aplikasi utama Facebook bagi pengguna telefon bimbit, yang mewujudkan asas berasingan yang mendapat lebih 600 juta pengguna.

Gambar bertarikh 25 Mac 2015 menunjukkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg memperkenalkan platform Messenger baru pada kemuncak F8 di San Francisco, California. – AFP
Gambar bertarikh 25 Mac 2015 menunjukkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg memperkenalkan platform Messenger baru pada kemuncak F8 di San Francisco, California. – AFP

Pada April lalu Facebook mengeluarkan video tentang aplikasi telefon bimbit Messengernya, yang membolehkan perbualan bersemuka dikalangan para pengguna aplikasi itu di seluruh dunia.

Dengan ciri baru, para pengguna boleh menambah video untuk menghubungi seseorang yang menggunakan aplikasi sama.

Perkhidmatan serupa ditawarkan oleh Skype Microsoft, Hangout, Google dan FaceTime, Apple.

Panggilan percuma telah pun tersedia selama dua tahun itu untuk para pengguna Messenger, meskipun seseorang itu mungkin perlu membayar bagi data yang digunakan ketika sambungan itu.

Rangkaian sosial terbesar di dunia ini juga membukakan Messenger kepada pemaju luar sebagai sebahagian strateginya untuk mewujudkan “keluarga” aplikasi yang juga termasuk Instagram dan WhatsApp.

ARTIKEL YANG SAMA