Mudah buat Serena

Mudah buat Serena

LONDON, 30 Jun (AFP) – Serena Williams membuka kempen Grand Slam Wimbledon dengan penuh bersemangat apabila mencatat kemenangan mudah pada pusingan pertama dan melangkah ke pusingan kedua tanpa banyak masalah selepas mengenepikan Margarita Gasparyan.

Serena, 33, juara sebanyak lima kali itu, dilihat agak tergugat pada perlawanan pertama, namun berjaya menamatkan cabaran lawannya itu dengan keputusan 6-4, 6-1.

Memburu gelaran keenam Wimbledon, Serena yang sudah pun memenangi dua gelaran Grand Slam tahun ini iaitu Terbuka Australia dan Perancis memulakan saingan dengan kemenangan straight set 6-4, 6-5 ke atas pemain kelayakan Russia, Margarita Gasparyan.

Sekalipun sudah mempunyai lima gelaran Wimbledon, begitupun dua penampilan sebelum ini berakhir dengan nota duka apabila tersingkir di pusingan keempat dan ketiga. Lawan Serena di pusingan kedua ialah pemain Hungary di ranking 93 dunia, Timea Babos.

“Setakat ini saya merasa cukup baik. Hanya satu perlawanan namun saya merasakan amat baik untuk kembali ke sini di Wimbledon. “Saya beraksi dengan amat baik di sini sebelum ini dan saya sentiasa mempunyai memori yang baik di sini,” katanya.

Gasparyan, 20 yang pernah pernah menang dalam tiga kejohanan jelajah sebelum ini beraksi di pusingan pertama selepas mengharungi perlawanan kelayakan tanpa menggugurkan sebarang set.

Begitupun, pemain nombor 113 dunia itu tampak sedikit gemuruh berdepan aksi di Gelanggang Satu berkapasiti 11,000 tempat duduk itu.

Peminat sedikit terkejut apabila Serena melepaskan servis pertamanya pada set pembukaan namun pemain AS berusia 33 tahun yang mempunyai 20 gelaran Grand Slam itu tidak cepat melatah.

“Saya tahu dia pemain yang bagus. Saya tidak boleh kata saya fikir dia sepatutnya bagus. Apabila kamu menang tiga perlawanan pada aksi kelayakan, kamu sudah bersedia untuk melangkah dan apabila dia bermain dengan saya, tiada apa yang dia rugi,” kata Williams

Williams pernah memenangi empat gelaran Grand Slam berturut-turut yang dilakukannya pada musim 2002-2003 namun tidak pernah memenangi Wimbledon, Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Terbuka AS dalam tempoh semusim.

Hanya legenda tenis, Maureen Connolly (1953), Margaret Court (1970) dan Steffi Graf (1988) pernah melakukannya.