Mueller bantu Jerman atasi Czech

Mueller bantu Jerman atasi Czech

HAMBURG, 9 Okt – Thomas Mueller meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 Jerman ke atas Republik Czech di laman sendiri sekali gus mengekalkan rekod permulaan sempurna kempen kelayakan Piala Dunia.

Jerman kini mengutip enam mata penuh menjelang aksi kelayakan Selasa ini, menentang Ireland Utara, yang menewaskan San Marino 4-0 di Belfast.

Kemenangan itu turut membolehkan Jerman unggul dalam Kumpulan C berdasarkan kelebihan gol ke atas Azerbaijan yang kini hampir mengesahkan laluan ke Piala Dunia Russia 2018.

“Kami boleh gembira dengan kemenangan ini dan kami menempuh perlawanan yang bagus,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

Aksi Mueller selepas perlawanan menentang Republik Czech di Hamburg yang berakhir dengan kemenangan Jerman 3-0. – AFP
Aksi Mueller selepas perlawanan menentang Republik Czech di Hamburg yang berakhir dengan kemenangan Jerman 3-0. – AFP

“Selepas 60 minit anda boleh melihat pelawat kehilangan arah dan tidak mencipta sebarang peluang.”

Selepas Mueller meletakkan Jerman di depan, Toni Kroos menambah derita Czech dengan rembatan menarik sejurus bersambung babak kedua.

Mueller kemudian meledak jaringan ketiga Jerman dengan jaringan terbaik dalam perlawanan itu ketika pertengahan babak kedua untuk melengkapkan malam yang hebat buat juara dunia itu.

“Kami mengambil serius mengenai dua perlawanan ini (menentang Republik Czech dan Ireland Utara), kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi kami menampilkan persembahan yang sangat mantap.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA