Mueller bukti ‘penggempur berbahaya’

Mueller bukti ‘penggempur berbahaya’

GLASGOW, 8 Sept – Thomas Mueller membuktikan statusnya sebagai penggempur berbahaya dengan meledak dua gol dan membantu Ilkay Guendogan melengkapkan kejayaan Jerman mengatasi Scotland 3-2 pada perlawanan kelayakan Euro 2016, semalam.

Kemenangan tersebut meletakkan juara dunia itu kian hampir beraksi di Perancis tahun depan.

Terdahulu pasukan berkenaan mengesahkan kedudukan pendahulu Kumpulan D ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Jerman mengumpul 19 mata sementara Poland menang 8-1 ke atas Gibraltar mengumpul 17 di tangga kedua.

Ireland pula mengumpul 15 mata selepas menewaskan Georgia 1-0 masih perlu menghadapi Jerman Oktober depan.

Mueller (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan menewaskan Scotland pada kelayakan Euro 2016. – Agensi
Mueller (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan menewaskan Scotland pada kelayakan Euro 2016. – Agensi

“Thomas sentiasa memiliki larian hebat dan menepati kriteria seorang penyerang.

“Beliau juga mampu menyudahkan peluang yang muncul terutama apabila berada dalam kawasan lima meter,” kata jurulatih Joachim Loew. – Reuters