Mueller: Ketamakan punca kurangnya gol

Mueller: Ketamakan punca kurangnya gol

PARIS, 22 Jun (AFP) – Penyerang Jerman, Thomas Mueller berkata pasukannya terlalu ‘tamak’ dalam menangani deretan peluang ketika menentang Ireland Utara tetapi mengakui pasukannya beraksi semakin baik.

“Yang terlepas adalah gol. Kami tamak,” kata Mueller selepas Jerman memastikan mereka muncul juara Kumpulan C hasil kemenangan 1-0 ke atas Ireland Utara awal pagi tadi.

“Ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan tetapi sudah pasti kami tidak berada pada tahap 100 peratus. Kelemahan kami adalah gagal menjaringkan gol.

“Saya sendiri mempunyai peluang untuk menyamai senarai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.”

Mueller dan rakan sepasukan dikritik selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ukraine dalam aksi pertama sebelum seri tanpa jaringan dengan Poland.

Ketamakan menjadi punca kurangnya gol pada perlawanan tersebut meski beberapa kali mendapat peluang keemasan. – AFP
Ketamakan menjadi punca kurangnya gol pada perlawanan tersebut meski beberapa kali mendapat peluang keemasan. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Penyerang Bayern Munich itu yang menjadi penggerak kepada jaringan dilakukan Mario Gomez pada babak pertama perlawanan percaya dia dan rakan sepasukannya sudah menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, jurulatih Jerman, Joachim Loew turut kecewa menyaksikan anak buahnya gagal menyempurnakan deretan peluang yang terhidang bagi menjaringkan gol.

“Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal menyempurnakan. Mereka pula tiada peluang tetapi kami perlu lebih tajam dan konsisten di depan pintu gol.

“Kami bermain dengan baik tetapi perlu lebih dominasi. Kami bermain dengan penuh yakin tetapi tidak berjaya menjaringkan gol yang mencukupi,” kata Loew.

Jerman akan ke Lille untuk aksi pusingan 16 terbaik, Ahad ini dan bakal bertemu penghuni tangga ketiga Kumpulan A, B atau F.