Mueller ‘pemain 100 juta euro’ Jerman

Mueller ‘pemain 100 juta euro’ Jerman

BERLIN, 11 Mei (AFP) – Selepas terkenal kerana disalah anggap sebagai budak pengutip bola oleh Diego Maradona dalam kemunculannya bersama Jerman pada 2010, Thomas Mueller tidak perlu lagi diperkenalkan pada Euro 2016.

Biarpun mendapatkan 70 kap dan menjaringkan 31 gol bagi pasukan Jerman, Mueller masih berusia 26 tahun dan penting bagi kelab dan negara sama ada sebagai pemain sayap, midfield penyerang atau penyerang.

Dia menegaskan hanya sebagai seorang lelaki biasa dan namanya tipikal Jerman di mana 700,000 warga senegara juga digelar Thomas Mueller, kecuali yang ini mempunyai lebih sembilan juta pengikut dalam Facebook.

Peminat Bayern menggelarnya ‘100 million euro man’ selepas Manchester United dilaporkan membuat bidaan bagi produk kelahiran Bavaria itu yang menyertai Bayern dari pasukan serantau, TSV Paehl ketika berusia 10 tahun. Adiknya masih lagi beraksi bersama kelab itu.

“Pada dasarnya nampak gila jumlah yang muncul dalam bola sepak pada masa ini. Itu hanyalah urusan perniagaan,” jawab Mueller apabila ditanya mengenai nama samarannya. “Tidak seorang pun bernilai 100 juta euro, ia hanya jumlah perdagangan.”

Disember lalu, Mueller menandatangani kontrak lanjutan bersama Bayern sehingga Jun 2021, yang dilaporkan membolehkannya mendapatkan 15 juta euro (AS$17 juta) semusim. Tetapi had dalam terma terhadap apa yang akan dibayar Liga Perdana bagi pemain penyerang Bayern dikenali sebagai ‘tidak dapat diganti’.

“Thomas Mueller menjelmakan segalanya yang membezakan FC Bayern Munich,” jelas pengarah kelab sukan, Matthias Sammer. “Dia adalah seorang contoh, sebutir permata dan sukar diganti.” Mungkin bukti terhebat kepada bakat Mueeler adalah dalam skuad bintang di Bayern, ketua jurulatih Pep Guardiola, sama seperti bos Jerman, Joachim Loew, yang setuju dengan kenyataan terkenal Louis van Gaal, apabila cergas, ‘Mueller selalu beraksi’.