Mueller sudah ‘gatal kaki’

Mueller sudah ‘gatal kaki’

BERLIN, 20 Sept – Pemain penyerang Jerman Thomas Mueller berharap untuk kembali bersama kesebelasan utama Bayern Munich bagi pertembungan pasukan teratas Bundesliga esok menentang Hertha Berlin di Allianz Arena.

Hertha dan Bayern adalah dua pasukan dalam kedudukan teratas Jerman untuk mengekalkan rekod 100 peratus selepas tiga perlawanan pertama liga musim ini.

Bayern yang dibelenggu pemain yang sakit terpaksa bekerja keras Sabtu lalu ketika ketua jurulatih Carlo Ancelotti membuat pertukaran bagi kemenangan kebangkitan 3-1 di tempat sendiri menentang Inglostadt dengan Mueller, kapten pasukan Philipp Lahm dan David Alaba semuanya direhatkan akibat virus.

Mueller kembali berlatih bersama pasukan semalam dan berharap untuk bermula menentang Hertha.

“Saya perlu melihat bagaimana latihan berjalan beberapa hari,” Mueller memberitahu FCB.de. “Saya boleh bermula, tetapi tidak percaya saya boleh beraksi 90 minit.”

Mueller mungkin diturunkan menentang Hertha Berlin, esok. – AFP
Mueller mungkin diturunkan menentang Hertha Berlin, esok. – AFP

Selepas 10 kekalahan berturut-turut di tangan Munich, kemenangan terakhir Hertha ke atas Bayern adalah pada Februari 2009 dan Berlin begitu realistik mengenai peluang mereka.

Ketua jurulatih Pal Dardai dengan segera mengetepikan tanda “Pemburu Bayer” yang diberikan oleh media Jerman bagi mana-mana pasukan yang mencabar kekuatan Bayern.

“Saya tidak mahu mendengarnya sama sekali,” Dardai menegaskan apabila ditanya jika pasukannya ‘memburu’ Bayern. “Kami pasukan kecil yang bekerja keras, yang perlu berusaha setiap minggu.
“Kami mahu kekal tanpa kalah. Di sana, nama jurulatih besar bertugas bersama pemain hebat, tetapi ada keajaiban dalam bola sepak.”

Pemain midfield Hertha bekas bersama Bayern, Mitchell Weiser menjaringkan gol pertama Hertha dalam kemenangan 2-0 di laman sendiri menentang Schalke Ahad lalu, tetapi mengakui kelabnya sekarang akan bekerja keras di Allainz Arena.

“Sekarang kami ketua, berada di tangga kedua dan untuk menjadi yang pertama di Munich. Ia cerita menarik bagi peminat,” katsa Weiser.

“Bayern adalah satu-satunya pasukan yang mematahkan sesiapa sahaja yang memerlukan nasib. Belum cukup bagus untuk beraksi dengan baik di sana.” – AFP