Mueller tekad akhiri kemarau Piala Super

Mueller tekad akhiri kemarau Piala Super

BERLIN, 11 Ogos – Thomas Mueller berkata Bayern Munich terdesak untuk menamatkan kemarau Piala Super Jerman apabila menentang Borussia Dortmund Ahad ini selepas tiga tahun tanpa menjulang trofi itu.

Juara Jerman itu tewas dalam tiga perlawanan Piala Super lalu apabila dua pasukan terbaik di Jerman bertemu dan mereka menghadapi pasukan tangga kedua Bundesliga musim lalu itu di Stadium Signal Park, Borussia.

Mueller menjaringkan apa yang dibuktikan gol kemenangan apabila Bayern kali terakhir memenangi gelaran di Allianz Arena, Munich pada Ogos 2012 dengan kemenangan 2-1 ke atas Dortmund.

Sejak itu, Bayern tewas tiga percubaan lalu apabila tewas 4-2 di Dortmund pada 2013, 2-0 kepada Dortmund sekali lagi pada 2014 dan tewas menerusi sepakan penentuan penalti di Wolfsburg tahun lepas apabila seri 1-1 selepas masa tambahan.

Dengan Carlo Ancelotti menggantikan Pep Guardiola sebagai ketua jurulatih, Bayern kehilangan bintang Jerome Boateng, Renato Sanches dan Arjen Robben kerana kecederaan tetapi Muller gembira dengan pertemuan itu.

Mueller bertekad untuk menjulang Piala Super Jerman musim ini selepas gagal menghadiahkannya kepada Bayern tiga tahun berturut-turut. – AFP
Mueller bertekad untuk menjulang Piala Super Jerman musim ini selepas gagal menghadiahkannya kepada Bayern tiga tahun berturut-turut. – AFP

“Kami tidak akan berada dalam mana-mana perlawanan dengan berkata “kami tidak kisah: ini mengenai gelaran dan prestij, walaupun jika Piala Super, secara langsung pada awal musim, tidak memiliki kedudukan yang sama sebagai liga atau gelaran piala,” kata Mueller dalam sidang akhbar semalam.

“Ini gelaran yang belum kami menangi selama tiga tahun dan ia selalu istimewa menentang Borussia Dortmund bagi kami dan peminat. Ia lebih menggembirakan berbanding beraksi perlawanan persahabatan yang tidak bermakna.”

Selepas empat minggu percutian sejak separuh akhir Euro 2016, Mueller berkata dia tidak bimbang mengenai kemarau jaringannya di Perancis apabila gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan pada kejohanan Eropah.

Perkara ini berlaku kadangkala dalam sukan,” kata pemain berusia 26 tahun itu yang menjaringkan 20 gol Bundesliga musim lalu dan 32 dalam semua perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA