Mueller tidak bimbang prestasi Bayern

Mueller tidak bimbang prestasi Bayern

BERLIN, 14 Okt – Pemain Bayern Munich, Thomas Mueller berkata pasukannya masih belum perlu menekan butang panik meskipun pendahulu Bundesliga itu sedang mencari rentak kemenangan apabila berkunjung ke Eintracht Frankfurt, esok.

Bayern tercicir mata pertama liga musim ini selepas diikat Cologne 1-1 di halaman sendiri dua minggu lalu, empat hari selepas mereka tewas di tangan Atletico Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara.

Gergasi Bavaria itu mengumpul 16 daripada 18 mata yang mampu diraih, namun dua perlawanan tanpa kemenangan membawa kelab itu kepada krisis mini apabila mereka hanya berada tiga mata di hadapan Hertha Berlin dalam kedudukan liga.

Namun, penurunan prestasi pasukan bukanlah sesuatu kebimbangan utama buat penyerang kebangsaan Jerman, Mueller. “Dengan jurulatih baharu, kami memenangi kesemua lapan perlawanan awal kami.”

Namun bukan dua perlawanan terakhir dan secara tiba-tiba timbul semula kegusaran, katanya.

Reaksi Mueller ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Jerman dan Ireland Utara di Hanover, Jerman yang lalu. – AFP
Reaksi Mueller ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Jerman dan Ireland Utara di Hanover, Jerman yang lalu. – AFP

“Kami masih berada di puncak kedudukan, akan pasti layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, jadi tidak perlu menggambarkan seolah-olah ia teruk.”

Frankfurt tewas kepada Freiburg dua minggu lalu namun masih belum pernah ditewaskan di halaman sendiri dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Eintracht gagal menjaringkan gol dalam lapan pertembungan dengan Bayern sejak 2011 manakala Munich merakam tujuh kemenangan dan satu keputusan seri dengan pesaing liga itu.

Selepas kekecewaan kepada Madrid, Bayern memerlukan aksi yang meyakinkan menjelang pertembungan pasukan Eropah di tempat sendiri Rabu depan menentang PSV Eindhoven.– AFP