Mufti kerajaan terima kunjungan hormat

Mufti kerajaan terima kunjungan hormat

pg02_150824_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, kelmarin, telah menerima kunjungan hormat Ketua Bank Islam di Sohar Islamic, Oman, Salmi Khamis Saif al-Maskry. Majlis berlangsung di DarulIfta, Jabatan Mufti Kerajaan.

Salmi Khamis Saif al-Maskry merupakan seorang pegawai bank konvensional yang berpengalaman dan telah mengetuai pasukan runcit Bank Sohar sejak ia ditubuhkan pada 2007.

Beliau berada di negara ini bagi rangka lawatan ke Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan memberi fokus dan perhatian kepada pengalaman praktikal di sesebuah bank Islam, bidang-bidang perkembangan produk dan penstrukturan, dan pematuhan syariah bagi produk runcit, dokumentasi dan hal-hal berkaitan dengan kredit bagi produk-produk yang mematuhi syarak.

ARTIKEL YANG SAMA