Mufti Kerajaan terima kunjungan

Mufti Kerajaan terima kunjungan

Oleh Osman Abu Bakar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Rabitah Al-’Alam Al-Islami kerajaan Arab Saudi, Dr. Abdullah bin Abdul Mohsen At-Turki, di DarulIfta.

Dr. Abdullah berada di negara ini bagi menghadiri perasmian Majlis Ilmu 2015 dan seterusnya menghadiri Seminar Wasatiah yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 9 November lalu.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Duta Besar kerajaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab; Dr. Ja’far Abdus Salam dari Rabitah al-’Alam al-Islami; Pengarah Organisasi dan persidangan Rabitah Al-’Alam Al-Islami, Dr. Rahmatullah Inayatullah Ahmad dan Sadek Mahfodi dari Rabitah Al-’Alam Al-Islami, kerajaan Arab Saudi.

Juga hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin; Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah dan beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Yang Berhormat Pehin semasa menerima kunjungan Profesor Datuk Wira Dr Ismail di Darulifta, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin semasa menerima kunjungan Profesor Datuk Wira Dr Ismail di Darulifta, kelmarin.
Mufti Kerajaan menyampaikan cenderamata berupa buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Dr. Abdullah.
Mufti Kerajaan menyampaikan cenderamata berupa buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Dr. Abdullah.

Terdahulu sebelum itu, Dr. Abdullah dan rombongan telah dibawa melawat Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS).

Sejurus selepas kunjung hormat tersebut, Yang Berhormat Pehin seterusnya menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Institut Profesional Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu Darul Iman, Profesor Datuk Wira Dr Ismail bin Haji Ibrahim.

Profesor Datuk Wira Dr Ismail adalah salah seorang pembentang kertas kerja Seminar Wasatiah Majlis Ilmu 2015 sempena Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-69 Tahun.

ARTIKEL YANG SAMA