Mufti Perlis gesa M’sia tarik diri Piala AFF Suzuki

Mufti Perlis gesa M’sia tarik diri Piala AFF Suzuki

KANGAR, 23 Nov – Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia digesa menarik diri daripada perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar atas dasar prihatin dan solidariti mengecam kezaliman terhadap penduduk Rohingya.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membantah kekejaman yang berlaku.

Mohd Asri berkata segala bentuk kekejaman atau jenayah penindasan manusia harus dibantah dan kerajaan diminta supaya mengambil kira hal ini daripada sudut kemanusiaan melebihi semangat kesukanan.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan.” – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA