Mufti terima kunjungan dari Amerika Syarikat

Mufti terima kunjungan dari Amerika Syarikat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini telah menerima kunjungan daripada Wakil Khas dari Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bagi komuniti Islam, Shaarik H. Zafar, di pejabat Yang Berhormat Pehin di Bangunan Darulifta, Jabatan Mufti Kerajaan.

Shaarik H. Zafar diiringi oleh Charge d’Affaires, Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam, Mark S. Dieker, dan Penasihat Dasar, Pejabat Hal Ehwal Keagamaan dan Global, Jabatan Negara AS, Albar A. Sheikh.

Turut hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin dan Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri

Yang Berhormat Pehin (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz ketika menerima kunjungan tersebut.
Yang Berhormat Pehin (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz ketika menerima kunjungan tersebut.

Shaarik H. Zafar dilantik sebagai wakil khas bagi masyarakat Islam di Jabatan Negara AS pada Julai 2014. Beliau bertanggung jawab melaksanakan usaha Setiausaha Negara Amerika mendekati masyarakat Islam di seluruh dunia berhubung isu kepentingan bersama bagi menyokong matlamat bersama dan memajukan dasar luar Amerika Syarikat.

Beliau berada di negara ini selama dua hari bermula hari ini, dengan tujuan meneruskan perbincangan tentang kepercayaan serta amalan-amalan agama Islam dan cara bagi memelihara serta meningkatkan hak asasi manusia.

ARTIKEL YANG SAMA