Mufti terima kunjungan Menteri Kanan S’pura

Mufti terima kunjungan Menteri Kanan S’pura

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, malam tadi menerima kunjungan muhibah Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Kanan bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan, Republik Singapura, Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isteri, Sadiah Shahal serta rombongan di kediamannya Rumah Hidayah, Jalan Mulaut di sini.

Turut serta dalam rombongan Dr. Mohamad Maliki ialah Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Baey Yam Keng dan isteri, Lim Hai Yen; Setiausaha Parlimen di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Amri Amin; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei, Lim Hong Huai; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei, Desmond Koh serta beberapa pegawai yang lain.

Rombongan Menteri Kanan Singapura itu telah dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin dan isteri, Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad serta ahli keluarga; Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof dan beberapa pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.

Sementara itu, rombongan Dr. Mohamad Maliki juga membuat kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke ke kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bergambar ramai bersama rombongan Dr. Moham-ad Maliki.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bergambar ramai bersama rombongan Dr. Moham-ad Maliki.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menerima kunjungan Dr. Mohamad Maliki.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menerima kunjungan Dr. Mohamad Maliki.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menerima cenderahati daripada Dr. Mohamad Maliki.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menerima cenderahati daripada Dr. Mohamad Maliki.

p03-4_20160711

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam, Timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN Haji Idris bin Haji Mohd Ali dan Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Mohamad Maliki juga bertukar-tukar cenderamata bersama Yang Berhormat Pehin.

ARTIKEL YANG SAMA