Muguruza buat temu janji dengan Stosur

Muguruza buat temu janji dengan Stosur

PARIS, 2 Jun – Garbine Muruguza dan Samantha Stosur menempah pertembungan separuh akhir Terbuka Perancis awal pagi tadi, tatkala juara bertahan Serena Williams mengetepikan kebimbangan mengenai jadual yang padat di Paris.

Garbine Muguruza yang menentang Samantha Stosur dalam saingan separuh akhir. – AFP
Garbine Muguruza yang menentang Samantha Stosur dalam saingan separuh akhir. – AFP

Muruguza yang juga naib juara Wimbledon tahun lalu, sudah mara ke suku akhir dalam dua kunjungan terakhir ke Roland Garros tetapi melangkah lebih jauh selepas menewaskan Shelby Rogers 7-5, 6-3.

Pemain berusia 22 tahun itu akan berdepan Stosur untuk tempat ke final selepas pemain pilihan ke-21 dari Australia itu mengatasi Tsvetana Pironkova dari Bulgaria 6-4, 7-6 (8/6).

“Saya menghormati semua pemain, terutamanya pemain yang mencipta kejutan seperti Rogers dalam kejohanan ini. Saya menghormati mereka,” katanya yang tewas kepada Stosur di Madrid dalam satu-satunya pertemuan mereka dua tahun lalu.

Terdahulu, Serena Williams mara ke kelompok lapan terakhir untuk kali ke-10 selepas menumpaskan pilihan ke-18 Elina Svitolina dari Ukraine 6-1, 6-1 dalam tempoh lebih sejam di Court Philippe Chatrier.

Tetapi jaguh nombor satu dunia itu, yang akan bertemu pemain Kazakhstan Yulia Putintseva, berdepan cabaran beraksi empat perlawanan dalam tempoh empat hari dalam usahanya memburu gelaran ke-22 Grand Slam.

“Empat berturut-turut? Saya fikir untuk kami, …apabila kami kerap mengambil bahagian anda akan bermain empat, atau lima perlawanan berturut-turut. Ia apa yang akan berlaku,” katanya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA