Muhammad Ali dirawat di hospital

Muhammad Ali dirawat di hospital

LOS ANGELES, 3 Jun – Legenda tinju dunia, Muhammad Ali dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan, kata jurucakapnya hari ini.

Bekas juara heavyweight dunia berusia 74 tahun itu yang menderita akibat Parkinson kini dilaporkan “dalam keadaan baik”, kata Bob Gunnell.

“Dia dijangka akan ditempatkan seketika di hospital. Ketika ini, keluarga Muhammad Ali memohon mereka diberikan ruang privasi,” kata Gunnell.

ESPN melaporkan, Ali dimasukkan ke hospital di Phoenix, tempat dia tinggal ketika ini.

Gambar fail yang diambil pada 26 Julai 1976 menunjukkan Muhammad Ali cuba untuk mengelak tendangan oleh ahli gusti Antonio Inoki semasa 15 pusingan perlawanan World Martial Arts mereka, di Tokyo. Jurucakap tinju Muhammad Ali berkata bekas juara heavyweight itu sedang dirawat di hospital disebabkan oleh isu pernafasan. – AP

Juara heavyweight tiga kali itu yang bersara pada 1981 selepas kalah kepada Trevor Berbick, sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak bertahun lalu.

Dia mendapatkan rawatan pada 2014 selepas mengalami masalah pneumonia dan sekali lagi pada 2015 kerana jangkitan air kencing. – AFP