Muhammad Ali terima anugerah

Muhammad Ali terima anugerah

LOUISVILLE, KY, 18 Sept (Agensi) – Petinju hebat Muhammad Ali sekali lagi mendengarkan orang ramai melaungkan namanya semalam dan pingat melingkari lehernya di bandar kelahirannya, Kentucky.

Jaguh tiga kali heavy weight dunia itu mendapat perhatian di Louisville apabila dia menerima anugerah dari Universiti Louisville. Presidennya Dr James Ramsey menyampaikan pingat kepada Ali sebagai pemenang pertama kali bagi anugerah Grawerneyer Spirit bagi peranannya memberi inspirasi kepada orang lain.

Anugerah Grawemeyer disampaikan setiap tahun bagi penggubahan muzik, pendidikan, agama, psikologi dan meningkatkan keamanan dunia.

Selepas siri-siri penghormatan yang mengambil kira kejayaannya sebagai ahli tinju dan usaha kemanusiaannya di luar gelanggang tinju, Ali, 73 tahun muncul di pentas di teater pusat bandar.

Ali, yang sedang melawan penyakit Parkinson yang dialaminya, terus duduk tetapi mengangkat tangan kanannya sekejap untuk menghargai orang ramai yang melaungkan “Ali! Ali!”

Muhammad Ali dikalungkan pingat anugerah Grawerneyer Spirit oleh Presiden Universiti Louisville, Dr James Ramsey sebagai pemenang pertama kerana peranannya memberi inspirasi kepada orang lain. – Agensi
Muhammad Ali dikalungkan pingat anugerah Grawerneyer Spirit oleh Presiden Universiti Louisville, Dr James Ramsey sebagai pemenang pertama kerana peranannya memberi inspirasi kepada orang lain. – Agensi

“Dalam menerima anugerah ini, kita diingatkan bahawa kehidupan Muhammad terus memberi inspirasi kepada generasi-generasi orang ramai untuk menemui dan membina laluan mereka sendiri kepada kehebatan dan untuk menggunakan bakat mereka dan kejayaan untuk memperkasa orang lain dalam masyarakat di seluruh dunia,” kata isteri Ali, Lonnie.

Ali mendengarkan namanya dilaungkan kuat lagi pada malam semalam apabila dia diiktiraf sebelum suku kedua perlawanan bola sepak kolej Louisville menentang No.11 Clemson.

Kemunculan di khalayak ramai oleh orang yang mengakui dirinya “Terhebat Sepanjang Zaman” telah berkurangan beberapa tahun kebelakangan. Ali dijadualkan menghadiri majlis tahun ini pada esok hari bagi para pemenang anugerah kemanusiaan anugerah itu diberi nama sempena namanya. Harry Belafonte, seorang penyanyi dan yang juga seorang aktivis dan aktres Geena Davis yang pernah memenangi anugerah Academy adalah antara pemenang terbaru bagi Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali.

Majlis itu semalam itu mengambil tempat berhampiran tapak Ali telah diperkenalkan kepada tinju ketika dia berusia 12 tahun, apabila dia mahu menumbuk sesiapa yang telah mencuri basikalnya. Ali menjadi kerap berada di gim, memulakan kariernya yang membawa dirinya menjadi penerima pingat emas Olimpik bagi jaguh heavyweight. Pusat Muhammad Ali di Louisville didedikasikan untuk usaha kemanusiaan Ali dan memaparkan karier tinjunya. Ali mempunyai rumah di beberapa negeri, dan kini banyak menghabiskan masanya di Arizona.

ARTIKEL YANG SAMA