Muhammad Zulkifli dihadapkan lagi ke mahkamah kerana kes bunuh

Muhammad Zulkifli dihadapkan lagi ke mahkamah kerana kes bunuh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Lelaki yang mengaku membunuh seorang lelaki tempatan yang mayatnya dijumpai di dalam kereta pada 23 Mei di belakang bangunan komersil di Jalan Pandan 7 sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin memohon kepada mahkamah bagi Muhammad Zulkifli bin Abdul Jalil, 27, untuk dilepaskan dari Penjara Jerudong dan ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk membantu siasatan.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan permohonan dan menetapkan 7 Julai untuk sebutan semula.

Tertuduh bersama seorang lagi rakannya, Muhammad Hakimi Rizal bin Abdullah @ Eyan anak Beritin yang ditemui tidak sedarkan diri dalam sel Balai Polis Pusat kira-kira pukul 10:05 pagi pada 2 Jun 2015 didakwa membunuh Ispawi bin Idris berusia 43 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA