Muhasabah diri rancang kebaikan

Muhasabah diri rancang kebaikan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Lebih 200 mahasiswa, penuntut dan jemaah masjid telah menghadiri Nadwah Hijrah sempena Sambutan Tahun Baru 1437 Hijrah yang berlangsung di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, baru-baru ini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid ini dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja’ah selaku tetamu kehormat.

Dalam acara berkenaan, dua ahli panel membincangkan tema ‘Berhijrah untuk Membangun’, di samping menerangkan faedah-faedah yang dapat diperoleh dan dicontohi daripada peristiwa Hijrah, dengan dipengerusikan oleh Haji Jaya bin Haji Metussin.

Awang Roslan (kanan) selaku tetamu kehormat pada Majlis Nadwah Hijrah.
Awang Roslan (kanan) selaku tetamu kehormat pada Majlis Nadwah Hijrah.
(Dari kiri) Awang Azman, Haji Jaya, Haji Azmi ketika membentangkan pendapat mereka dengan tajuk ‘Berhijrah Untuk Membangun’.
(Dari kiri) Awang Azman, Haji Jaya, Haji Azmi ketika membentangkan pendapat mereka dengan tajuk ‘Berhijrah Untuk Membangun’.

Ahli panel pertama, Penolong Pensyarah Fakulti Syariah KUPU SB, Awang Azman bin Haji Kassim menyentuh mengenai perlunya umat Islam merancang sesuatu perubahan kerana ia adalah penting, menurutnya lagi, sebelum membuat sebarang perubahan seseorang itu perlu muhasabah diri hendaklah melakukan rancangan ke arah kebaikan.

Manakala itu, ahli panel ke-dua, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin KUPU SB, Haji Azmi bin Haji Omar pula menyentuh mengenai perlunya melakukan penghijrahan dengan berjihad dan semua aspek kehidupan dan hendaklah melakukannya dengan niat.

ARTIKEL YANG SAMA