Muhd Sharul muncul juara catur

Muhd Sharul muncul juara catur

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Wakil daripada Sekolah Rendah Mulaut, Muhd Sharul Nazirul Abdullah dinobatkan sebagai johan Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Rendah tahun 2015 apabila berjaya mendahului kesemua peserta yang menyertai kejohanan tersebut tahun ini.

Tampil di tempat kedua ialah Sufi Alifian Sawdi dari Sekolah Rendah Pulaie sementara itu menduduki tempat ketiga ialah wakil Sekolah Rendah Sungai Hanching, Muhd Habibullah Zuadi.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK). Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah JPKK, Roslin Suhailee.

Suasana ketika berlangsungnya Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Rendah 2015.
Suasana ketika berlangsungnya Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Rendah 2015.

Seramai 92 peserta menyertai kejohanan itu daripada sekolah-sekolah rendah seluruh negara dengan tujuan sebagai satu projek tahunan unit jasmani JPKK.

Ia juga sekali gus menjadi wadah meningkatkan disiplin pelajar terutama dalam usaha mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA