Muhyiddin dan Mukhriz dipecat

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) – Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO, dipecat daripada parti hari ini bersama bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Keputusan itu dibuat oleh anggota MT secara sebulat suara pada mesyuarat hari ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

“MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti…itu satu kesalahan besar,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA