MUIB agih zakat $8 juta

MUIB agih zakat $8 juta

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti mengagihkan wang zakat kepada fakir miskin dan saudara baru di negara ini. Pengagihan wang zakat bagi fakir dan miskin adalah mereka yang berdaftar di MUIB yang menerima agihan wang zakat bulanan seperti keperluan asasi, persekolahan dan sewa rumah manakala agihan wang zakat kepada saudara baru yang memeluk agama Islam (Mualaf) adalah mengikut garis pandu yang ditetapkan.

Wang zakat yang diagihkan yang berjumlah $4,806,800 itu diberikan kepada 5,638 orang Fakir Miskin dan sebanyak $3,345, 000 kepada seramai 3,266 orang Mualaf yang mana jumlah keseluruhan adalah $8 juta kepada dua kumpulan Asnaf berkenaan.

Wang zakat kepada Fakir Miskin dan Mualaf tersebut mula diagihkan pada 2 Julai 2015 melalui buku-buku akaun masing-masing di bank yang berkenaan dan dengan adanya zakat ini, ia diharap dapat menggembirakan mereka untuk meraikan Aidilfitri tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA