MUIB bantu mangsa rumah roboh

MUIB bantu mangsa rumah roboh

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Dalam usaha untuk meringankan bebanan mangsa kejadian rumah roboh yang berlaku baru-baru ini di Kampung Setia B dan Kampung Burong Pingai Ayer, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) petang tadi telah menyampaikan wang agihan zakat kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Penyampaian wang agihan zakat berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Aziz bin Haji Akop pada majlis yang berlangsung di Bilik Seroja, KHEU, di sini, hari ini.

Mula-mula, majlis menyaksikan Haji Abdul Aziz menyampaikan agihan zakat berjumlah $1,400 kepada mangsa rumah roboh di Kampung Setia B yang terdiri daripada tujuh orang penghuni. Kejadian tersebut telah berlaku pada 25 Ogos yang lalu kira-kira jam 12 tengah malam.

Atas/bawah: Haji Abdul Aziz semasa menyampaikan wang agihan zakat kepada wakil keluarga mangsa rumah roboh di Kampung Setia B dan Kampung Burong Pingai Ayer.
Atas/bawah: Haji Abdul Aziz semasa menyampaikan wang agihan zakat kepada wakil keluarga mangsa rumah roboh di Kampung Setia B dan Kampung Burong Pingai Ayer.

pg09_160901_b

Majlis kemudian menyaksikan penyampaian agihan zakat sebanyak $1,200 kepada sebuah keluarga seramai enam orang yang menjadi mangsa rumah roboh di Kampung Burong Pingai Ayer. Kejadian berlaku pada 28 Ogos lalu kira-kira jam 12 tengah hari.

Kesemua wang ini telah diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Agihan zakat ini diharap akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dengan harapan agar mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.

ARTIKEL YANG SAMA