Mukim Kota Batu kibar megah bendera negara

Mukim Kota Batu kibar megah bendera negara

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Bendera Negara Brunei Darussalam mula dikibarkan di setiap rumah dan bangunan di seluruh negara, hari ini, sebagai tanda rasa cinta dan sayang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 Tahun.

Dalam menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada Baginda Sultan, penduduk Zon 2, Mukim Kota Batu tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam dan Pengagihan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 Tahun bagi Zon 2, Mukim Kota yang berlangsung di Kediaman Ketua Kampung Pelambayan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pengagihan bendera negara di majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penasihat Majlis Perundingan Kampung Datu Gandi, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal.

Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan di majlis berkenaan.
Haji Hanipah mengetuai pasukan pembawa bendera dengan diiringi oleh Pasukan Hadrah Belia Kampung Pelambayan.
Haji Hanipah mengetuai pasukan pembawa bendera dengan diiringi oleh Pasukan Hadrah Belia Kampung Pelambayan.
Upacara menaikkan bendera disempurnakan oleh kumpulan pengibaran bendera yang terdiri daripada golongan belia Kampung Pelambayan.
Upacara menaikkan bendera disempurnakan oleh kumpulan pengibaran bendera yang terdiri daripada golongan belia Kampung Pelambayan.

Di majlis berkenaan, bendera Negara Brunei Darussalam telah dibawa masuk oleh Ketua Kampung Pelambayan, Haji Hanipah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit dengan diiringi oleh kumpulan Pembawa Bendera Negara dan Pasukan Hadrah Belia Kampung Pelambayan.

Bendera negara berkenaan kemudian diserahkan oleh Haji Hanipah kepada Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis yang seterusnya diserahkan kepada Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub sebelum diserahkan kepada kumpulan pengibar bendera untuk dikibarkan di majlis berkenaan.

Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh nyanyian lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’, beramai-ramai dan diteruskan dengan pengagihan bendera-bendera kepada 11 orang warga emas Kampung Pelambayan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub.

ARTIKEL YANG SAMA