Mukim Labu juarai peraduan tausyeh

Mukim Labu juarai peraduan tausyeh

TEMBURONG, 17 Dis – Dengan mempersembahkan lagu ‘Ya Raab’, Kumpulan Mukim Labu berjaya menjuarai Peraduan Tausyeh 2015 peringkat akhir anjuran Majlis Perundingan Mukim Bangar yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, hari ini.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Mukim Bangar dengan membawa lagu ‘Allah, Allah’ dan Kumpulan Mukim Batu Apoi dengan lagu ‘Salwatul Badriah’ di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Bangar.

Selain bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul, peraduan antara lain bertujuan untuk menampilkan lebih ramai peminat seni tausyeh yang berunsur kerohanian, di samping memuji kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keagungan rasul terakhir Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Tausyeh yang merupakan syair kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam mempunyai berbagai-bagai lagu antaranya seperti Bayyati, Shoba, Nahawand, Hijaz, Rost, Sika dan Jiharka. – Ampuan Irma Susanti

Kumpulan Mukim Labu menjuarai peraduan dengan mempersembahkan lagu ‘Ya Rabb’.
Kumpulan Mukim Labu menjuarai peraduan dengan mempersembahkan lagu ‘Ya Rabb’.
Kumpulan Mukim Bokok mempersembahkan lagu ‘Qalbiyunadi Ya Rabb’.
Kumpulan Mukim Bokok mempersembahkan lagu ‘Qalbiyunadi Ya Rabb’.

ARTIKEL YANG SAMA