Mula tunjuk taring

Mula tunjuk taring

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Pasukan Malaysia dan Indonesia mula menunjukkan taring masing-masing apabila kedua-dua yang sememangnya terkenal dengan sukan badminton itu tampil gah mengalahkan pesaing pada hari pertama perlawanan badminton di temasya Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) di Kompleks Sukan Menglait di ibu negara.

Sepuluh perlawanan hari ini bagi kedua-dua kumpulan antaranya enam perlawanan yang melibatkan Kumpulan A termasuk pasukan tuan rumah dan juga empat perlawanan bagi Kumpulan B.

Pada sebelah pagi dalam Bahagian Lelaki bagi Kumpulan A Pasukan Singapura menentang Pasukan Vietnam dan pasukan tuan rumah pula terpaksa berhadapan pasukan Malaysia sementara dalam kumpulan B pula menyaksikan perlawanan antara Thailand melawan Filipina.

Dua perlawanan diaturkan hari ini bagi bahagian perempuan yang menyaksikan tuan rumah Brunei Darussalam menentang Pasukan Singapura dalam Kumpulan A dan Thailand menentang Pasukan Filipina dalam Kumpulan B. Malaysia sekali lagi turun padang pada sebelah petang untuk menentang Pasukan Singapura diikuti perlawanan antara Brunei Darussalam berhadapan Vietnam dan Pasukan Indonesia melawan Pasukan Thailand.

Regu Brunei Darussalam (baju biru) ketika berhadapan dengan regu dari Vietnam.
Regu Brunei Darussalam (baju biru) ketika berhadapan dengan regu dari Vietnam.

Perlawanan di hari pertama hari ini disimpulkan dengan dua perlawanan Bahagian Perempuan iaitu antara Pasukan Malaysia menentang tuan rumah Brunei Darussalam dan Pasukan Indonesia menentang Pasukan Thailand di sebelah malamnya. Esok (24 November 2015) beberapa perlawanan akan berlangsung bagi kedua-dua bahagian lelaki dan perempuan antaranya di Bahagian Lelaki Malaysia akan berhadapan pasukan Vietnam, Brunei berhadapan Singapura dan Filipina terpaksa menghadapi Indonesia.

Dalam Bahagian Perempuan pula Malaysia akan berhadapan Singapura dan Indonesia akan berhadapan dengan Filipina sebelum pertandingan diteruskan ke peringkat seterusnya di sebalah petang.

pg24_151124_b

ARTIKEL YANG SAMA