Muller hidap Alzheimer

Muller hidap Alzheimer

BERLIN, 7 Okt (AFP) – Legenda Jerman dan penyerang Bayern Munich, Gerd Muller sedang menderita disebabkan penyakit Alzheimer, umum kelab Bundesliga itu, hari ini.

Muller dianggap penyerang paling digeruni di dunia pada era 1970-an menjaringkan 68 gol daripada 62 perlawanan untuk Jerman Barat ketika mereka memenangi Kejuaraan Eropah pada 1972 dan Piala Dunia 1974.

Bayern dalam satu kenyataan berkata Muller, yang memasuki usia 70 tahun pada November ini sedang menerima rawatan daripada penyakit itu sejak Februari lalu.

Presiden Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata Muller yang mendapat jolokan ‘Der Bomber’ berjaya mengubah sejarah bola sepak negara itu.

Gambar fail Gerd Mueller (kiri) dan Thomas Mueller di Hotel Velmore, Erasmia dekat Pretoria pada 15 Jun 2010. – AFP
Gambar fail Gerd Mueller (kiri) dan Thomas Mueller di Hotel Velmore, Erasmia dekat Pretoria pada 15 Jun 2010. – AFP

“Gerd Muller adalah salah seorang pemain terhebat dalam dunia bola sepak. Tanpa golnya, Bayern Munich dan Jerman tidak akan berada di tempat mereka berada sekarang,” katanya.

Muller bermain selama 15 musim bersama Bayern, memenangi tiga kejuaraan Piala Eropah di antara 1974-1976 dan meledakkan 533 gol.

Alzheimer adalah penyakit neuro-genaratif yang kronik dan tidak boleh diubati bermula dengan hilang ingatan dan kesukaran untuk bertutur dan sesiapa yang menghidapnya dijangka mempunyai jangka hayat purata antara tiga hingga sembilan tahun.

ARTIKEL YANG SAMA