Muller tetap tolak ke Old Trafford

Muller tetap tolak ke Old Trafford

MUNICH, 2 Julai (Agensi) – Penyerang berbahaya Bayern Munich, Thomas Muller menjadi sasaran pengurus Manchester United, Louis Van Gaal sejak mengambil alih tugas di Old Trafford, musim panas lalu.

Laporan dari Jerman mendakwa United sudah pun menyatakan minat mereka untuk mendapatkan penyerang Jerman itu dengan pakej bernilai 120 juta pound termasuk yuran dan gaji dengan kontrak selama lima tahun.

Begitupun, ketika ditanya mengenai tawaran United terhadapnya, Muller yang dibawa Van Gaal ke Bayern memberitahu berbangga, namun kemudian berkata mahu kekal bersama kelab gergasi Jerman itu.

“Apabila kamu mendapat tawaran, kamu akan menimbangnya secara automatik,” kata Muller.

“Permohonan daripada kelab yang besar adalah satu kebanggaan dan penghargaan atas apa yang kamu lakukan adalah baik.

Muller tidak bercadang untuk beraksi dengan kelab Manchester United. - AFP
Muller tidak bercadang untuk beraksi dengan kelab Manchester United. – AFP

“Namun saya merasa selesa di Bayern dan kontrak saya sehingga 2019. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan mengenai spekulasi ini.

“Van Gaal mengenalpasti Muller sebagai penyelesaian sempurna terhadap masalahnya di jentera serangan, namun ini adalah penolakan kali kedua daripada pemain Bayern yang didengarnya, minggu ini.

Selain Muller, United dikatakan turut berminat mendapatkan khidmat Bastian Schweinsteiger namun pemain tengah itu juga mahu kekal di Bavaria.

Menambah kekecewaan Van Gaal, Real Madrid turut menolak tawaran bernilai 28.6 juta paun untuk mendapatkan pertahanan Sergio Ramos dengan yuran perpindahan mendapatkan pemain Southampton, Morgan Schneiderlin juga belum dipersetujui.