Muller tewaskan Ferrer di Terbuka Ricoh

Muller tewaskan Ferrer di Terbuka Ricoh

THE HAGUE, Belanda, 12 Jun (AP) – Gilles Muller mencatatkan 17 aces dalam kebangkitan untuk menewaskan pilihan teratas David Ferrer 4-6, 6-4, 7-6 (5) bagi merebut tempat ke separuh akhir Terbuka Ricoh pada Jumaat lalu.

Pilihan kedua, Bernard Tomic juga tewas selepas memenangi set pertama. Dia dikalahkan 6-7 (5), 6-4, 6-2, kepada pilihan kelapan, Nicolas Mahut.

Pilihan ketujuh, Muller seterusnya akan menentang Ivo Karlovic pemain nombor tiga, yang mara menewaskan Adrian Mannarino 6-3, 6-4. Mahut akan menentang pilihan kelima, Sam Querrey, yang menyingkirkan Stefan Kozlov 6-3, 6-0.

Gilles Muller menewaskan bintang Sepanyol David Ferrer bagi meraih tempat di separuh akhir. – AFP
Gilles Muller menewaskan bintang Sepanyol David Ferrer bagi meraih tempat di separuh akhir. – AFP

Di antara pemain wanita, pilihan teratas Belinda Bencic menewaskan pemain kelayakan Viktorija Golubic 7-6, (6), 7-6 (2) untuk berada dalam separuh akhir menentang Kristina Mladenovic. Mladenovic menewaskan pemain kelayakan Elise Mertens 7-5, 6-3.

Persaingan separuh akhir lain adalah CoCo Vaneweghe menentang Madison Brengle. Vandeweghe menewaskan Evgeniya Rodina 6-2, 6-2, sementara Brengle menewaskan Kateryna Kozlova 7-5, 6-4.

ARTIKEL YANG SAMA