Multitron perkenal TV Android Sony

Multitron perkenal TV Android Sony

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pengedar rasmi Sony, Multitron Sdn Bhd hari ini memperkenalkan barisan televisyen baru, Sony Bravia HD 4K dikuasakan sistem Android, dengan kualiti paparan dan saiz nipis lebih menarik.

Acara pengenalan yang berlangsung di Hotel Badi’ah itu menampilkan inovasi terkini melalui dua jenis televisyen terkini daripada Siri W dan Siri X bersistem Android bagi tontonan secara langsung dari Internet.

Selain untuk kepuasan tontonan dengan paparan berkualiti tinggi dan terang, Sony Bravia HD 4K ini juga menjadikan pengalaman bermain permainan maya lebih menarik serta dilengkapi dengan aplikasi Google Play, Google Cast dan Voice Search.

Dengan saiz 43 sehingga 65 inci yang dipasarkan di negara ini, ia mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang menggemari paparan lebih besar, malahan sedikit masa lagi, Multitron Sdn Bhd akan membawakan saiz 75 inci ke negara ini.

Televisyen gergasi itu juga boleh dimanfaatkan bersama dengan gajet sampingan seperti papan kekunci dan alat kawalan jarak jauh serta aplikasi di telefon pintar melalui Sony Side View.

Antara yang hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Badi’ah itu, kelmarin.
Antara yang hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Badi’ah itu, kelmarin.
ATAS/BAWAH: Sony Bravia Android TV ini boleh dimanfaatkan bersama gajet berasingan seperti papan kekunci dan alat kawalan jarak jauh.
ATAS/BAWAH: Sony Bravia Android TV ini boleh dimanfaatkan bersama gajet berasingan seperti papan kekunci dan alat kawalan jarak jauh.

pg10_150819_c

ARTIKEL YANG SAMA