Mumong FT juara futsal B-15

Mumong FT juara futsal B-15

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 16 Jun – Mumong FT muncul juara perlawanan persahabatan Futsal Bawah 15 Tahun (B-15) Daerah Belait di Kompleks Sukan Mumong baru-baru ini.

Mumong FT menerima piala dan wang tunai $200 selepas mengalahkan Pasukan 78 FT yang muncul naib johan pertandingan yang membawa pulang sebuah piala dan wang tunai $150. Tempat ketiga pula adalah Pasukan GG FT yang membawa pulang sebuah piala dan wang tunai $100.00.

Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2012 ini disertai 14 pasukan dari Daerah Belait bermula dari format liga dan format kalah mati.

Hadir sebagai tetamu kehormat dan selajur merasmikan penyampaian hadiah ialah pengerusi serta penganjur pertandingan iaitu Haji Kamarulzaman bin Haji Ismail

Pasukan yang menyertai pertandingan futsal B-15bergambar ramai bersama Haji Kamarulzaman.
Pasukan yang menyertai pertandingan futsal B-15bergambar ramai bersama Haji Kamarulzaman.

Haji Kamarulzaman menyatakan penghargaan beliau kepada pasukan yang menyertai pertandingan kali ini kerana semuanya telah berjalan lancar dan sempurna.

Beliau menambah pertandingan seperti ini bukan sahaja menarik anak-anak muda untuk melakukan aktiviti sihat tetapi membantu remaja-remaja menjauhi gejala tidak sihat dari aspek sosial.