Mum’s perkenal kek sempena Hari Ibu

Mum’s perkenal kek sempena Hari Ibu

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang tidak lama lagi, kedai roti dan kek Mum’s, memperkenalkan tiga kek terbaru yang akan ditawarkan sehingga hari sambutan 10 Mei.

Tiga kek berkenaan ialah Kek Keju Red Velvet, Kek Koktel Buah Segar dan Kek Fudge Coklat.

Kek Keju Red Velvet menampilkan kek Red Velvet diisi krim keju dan dihiasi dengan krim berwarna merah jambu berbentuk bunga bos.

Manakala itu, seperti namanya, Kek Koktel Buah Segar pula menampilkan kek span yang dilapisi dengan koktel buah-buahan segar, kemudian di atasnya dihiasi dengan perkataan “saya cinta ibu” dan satu kuntum bunga, sesuai sempena sambutan Hari Ibu.

Kek Koktel Buah Segar (depan) dan Kek Keju Red Velvet (belakang) yang ditawarkan oleh Mum’s sempena Hari Ibu.
Kek Koktel Buah Segar (depan) dan Kek Keju Red Velvet (belakang) yang ditawarkan oleh Mum’s sempena Hari Ibu.

Bagi penggemar coklat pula, pasti akan menyukai Kek Fudge Coklat yang kaya dengan perisa coklat dengan isi ganace (campuran krim dan coklat cair), dan di atasnya pula dihiasi dengan lukisan wajah ibu menggunakan krim.

Sempena promosi ini, Mum’s menawarkan diskaun 30 peratus selagi stok masih ada.