Mungkin sertai PSG

Mungkin sertai PSG

PARIS, 5 April (AFP) – Superstar Brazil Neymar mungkin menyertai Paris Saint Germain, jika kelab gergasi Perancis itu membayar 193 juta euro untuk klausa pelepasannya, ejennya berkata semalam.

“Neymar bersama Barca sehingga 2018,” Wayne Ribeiro memberitahu harian sukan Perancis L’Equipe. “Tetapi prospek untuk tinggal di Paris, dan bermain untuk kelab seperti PSG juga menjadi impian setiap pemain. Jika itu bunyinya dan PSG menunjukkan minat dengan Neymar, kita boleh bercakap mengenainya.”

PSG telah mendominasi Ligue 1 sejak jutawan Qatar mengambil alih kelab ibu negara Perancis itu pada 2011.

Skuad Laurent Blanc yang mengesahkan kejuaraan liga keempat berturut-turut Mac lalu dan menghadapi

Manchester City dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Parc des Princes, esok.

Neymar (kanan) dalam salah satu aksi Liga Juara-Juara menentang PSG. Neymar mungkin menyertai PSG jika kelab gergasi Perancis itu membayar 193 juta euro untuk klausa pelepasannya, kata ejennya kelmarin.
Neymar (kanan) dalam salah satu aksi Liga Juara-Juara menentang PSG. Neymar mungkin menyertai PSG jika kelab gergasi Perancis itu membayar 193 juta euro untuk klausa pelepasannya, kata ejennya kelmarin.

Dengan penyerang berbisa Zlatan Ibrahimovic dilamar oleh beberapa kelab ternama Eropah selepas musim terakhirnya di Perancis, PSG dilaporkan mengenal pasti Neymar sebagai sasaran nombor satu sebelum musim baru bermula Ogos depan.

Ribeiro menambah: “Satu kontrak juga boleh dibubarkan dengan syarat membayar klausa pelepasan yang. Jumlah 193 juta euro itu besar, tetapi saya tidak fikir ia akan menjadi masalah buat PSG.”

Komen Ribeiro menimbulkan kekecohan di Sepanyol dengan pertahanan Barcelona Gerard Pique mencadangkan dia tidak pernah membayangkan Neymar meninggalkan juara Eropah.

“Neymar tidak akan meninggalkan Barca. Saya pasti. Saya mengenali dia dan saya tahu dia tidak akan pergi,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu pada sidang akhbar menjelang suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

“Kami di Barca dan tiada siapa mahu pergi dari sini! Orang ramai teruja untuk berada di kelab ini. Memang bertuah dapat bermain untuk pasukan ini, di bandar ini dan bersama peminatnya. Kami ada segala-galanya, apa lagi yang anda boleh mahu? Saya yakin semua pemain akan kekal di sini dan bersara di sini.”

ARTIKEL YANG SAMA