Murid antara tiga maut dipanah petir

Murid antara tiga maut dipanah petir

JOHOR BAHARU, 18 Mei – Seorang murid dan dua bapa murid maut dipanah petir di perhentian bas di Parit Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya; Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.

Beliau berkata kedua-dua bapa itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur.

Siti Nur Aina pula dilapor meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana kecederaan pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan paru-paru.

Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dibedah siasat. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA