Murid Darjah 6 SU Mabohai khatam Al-Quran

Murid Darjah 6 SU Mabohai khatam Al-Quran

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Sekolah Ugama (SU) Mabohai, kelmarin, juga telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, sebelum diteruskan dengan bacaan surah-surah oleh peserta khatam bermula dari Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah Al-Lahab.

Tetamu kehormat dan guru-guru bergambar ramai bersama murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Mabohai yang diraikan dalam majlis khatam Al-Quran.
Tetamu kehormat dan guru-guru bergambar ramai bersama murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Mabohai yang diraikan dalam majlis khatam Al-Quran.

Kemudian, Takhtim dibacakan oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5, dan Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Awang Mahmud Saedon bin Othman.

Bagi memeriahkan majlis, Dikir Ya Man Hadar juga dilaungkan oleh pelajar lelaki Darjah 4 dan 5, diikuti dengan merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh para pegawai JPI, guru besar dan ibu bapa serta penjaga.

ARTIKEL YANG SAMA