Murid SR Sg Tali lawat KFC SPARK

Murid SR Sg Tali lawat KFC SPARK

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 6 Mei – Lebih 70 murid kelas Tadika Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut 2, hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke restoran makanan segera KFC SPARK Sungai Liang dekat sini.

Rombongan berkenaan telah diiringi sama oleh empat guru kelas serta lebih 20 ibu bapa murid-murid berkenaan. Lawatan sambil belajar itu merupakan kali pertama diadakan tahun ini sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di luar sekolah yang antara lain bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan suasana di persekitaran terutama sekali yang boleh meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman mereka.

Semasa lawatan itu, murid-murid yang berusia antara tiga hingga empat tahun berkenaan turut berpeluang menyaksikan secara lebih dekat bagaimana makanan segera disediakan di restoran berkenaan, selain turut menyaksikan cara-cara pekerja mereka melakukan perkhidmatan melayan pelanggan.

Murid-murid kemudiannya juga berpeluang menikmati makanan segera yang dijual di restoran tersebut dan setentunya menjadi kegemaran kalangan kanak-kanak pada masa ini.

Murid-murid Kelas Tadika Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut 2 bergambar ramai semasa lawatan ke Restoran KFC di SPARK Sungai Liang.
Murid-murid Kelas Tadika Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut 2 bergambar ramai semasa lawatan ke Restoran KFC di SPARK Sungai Liang.