Murray ajar Kyrgios

Murray ajar Kyrgios

NEW YORK, 2 Sept (Reuters)  – Andy Murray mempamerkan aksi permainan tenang sehingga menyingkirkan Nick Kyrgios 7-5, 6-3, 4-6, 6-1 semalam untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat sementara pemain pilihan kedua, Roger Federer juga mara selepas menewaskan pemain Argentina, Leonardo Mayer 6-1, 6-2, 6-2.

Federer akan bertemu sama ada pemain Belgium, Steve Darcis atau Cypriot Marcos Baghdatis pada pusingan kedua nanti selepas menewaskan lawannya di di gelanggang Stadium Arthur Ashe.

Pemain berusia 34 tahun dari Switzerland itu kini memburu kejuaraan ke-18 Grand Slam dan sekiranya berjaya memenangi kejuaraan Terbuka AS untuk kali keenam tahun ini dia bakal menjadi pemain lelaki perseorangan tertua memenangi gelaran itu dalam tempoh 45 tahun.

Kyrgios, 20 kerap permainan servis bertenaga dan pukulan rendah tetapi ranking ke-37 dari Australia itu cenderung menukar gaya permainan dan gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik.

Reaksi Kyrgios semasa rehat menentang Andy Murray untuk Terbuka AS semalam. – AFP
Reaksi Kyrgios semasa rehat menentang Andy Murray untuk Terbuka AS semalam. – AFP

Murray, juara Terbuka AS 2012 dan dan Wimbledon 2013 kelihatan bermain lebih mudah berbanding pencabarnya lebih banyak membuat pukulan kilas yang sering terkandas di jaring.

“Dia sukar dijangka dan mampu bermain pelbagai jenis pukulan. Dia seorang atlet mengagumkan,” kata Murray.

“Ia perlawanan penuh muslihat dan saya hanya memberi tentangan terbaik untuk melayakkan diri.”

Lawan Murray selepas ini adalah pemain kidal Perancis, Adrian Mannarino yang menang 7-6, 6-4, 6-1 ke atas pemain Russia Konstantin Kravchuk.

ARTIKEL YANG SAMA