Murray ajar pemain muda

Murray ajar pemain muda

MELBOURNE, 19 Jan – Pengalaman yang lebih banyak dan teknik pertahanan daripada Andy Murray nampaknya menjadi kunci apabila dia menewaskan pemain muda Alexander Zverev hari ini dalam bidaannya untuk memenangi Terbuka Australia.

Pemenang tempat kedua empat kali kejohanan itu menyekolahkan pemain muda berbakat berusia 18 tahun itu dengan keputusan 6-1, 6-2, 6-3 dalam masa dua jam, tujuh minit dalam cuaca yang agak panas di Hisense Arena. Kemenangan itu memberikan pemain Britain itu tiket untuk menentang pesaing Australia Sam Groth di pusingan kedua.

Murray, yang sekarang itu berada di hujung tanduk untuk menyambut kelahiran anak pertamanya, berkata mungkin boleh lagi lebih efisien ketika menyudahkan Zverev, namun dia gembira untuk menang dalam straight set. “Kami bermain banyak mainan yang panjang, terutamanya ketika servisnya,” kata pemenang grand slam dua kali itu.

“Saya fikir saya boleh melakukan yang lebih baik untuk menutup perlawanan itu dengan lebih awal, kerana saya memang mempunyai beberapa peluang untuk mematahkan servis dua kali.

Andy Murray ketika beraksi pada perlawanan tersebut. - Reuters
Andy Murray ketika beraksi pada perlawanan tersebut. – Reuters

“Namun saya bermain baik. Saya bermain perlawanan yang baik menentang pemain yang begitu berpotensi.

“Alex berjuang hingga ke mata akhir dan begitu kompetitif pada saat akhir di tengah-tengah cuaca yang amat sukar hari ini.”

Murray, yang berharap untuk menjadi pemain lelaki pertama di Era Terbuka untuk memenangi gelaran grand slam selepas tewas pada perlawanan akhir empat kali, sering dapat mengawal perlawanan itu.

Murray mematahkan servis Zverev enam kali, menyelamatkan enam daripada enam mata break dan mendominasi apabila dia di depan jaring, memenangi 12 mata. Zverev, yang mendapatkan khidmat bekas pelatih Murray, Jez Green, menarik perhatian dengan ketangkasannya di gelanggang bersama pukulan forehand besarnya.

Namun cara mainannya yang tidak konsisten menjadi punca utama kekalahannya. – AFP