Murray azam atasi Djokovic

Murray azam atasi Djokovic

LONDON, 23 Jun (AFP) – Andy Murray sudah menetapkan fokus bagi menamatkan persaingan tandusnya menentang Novak Djokovic selepas pemain nombor tiga dunia itu menamatkan persediaan Wimbledon dengan menewaskan Kevin Anderson di Queen’s Club kelmarin.

Murray mencatat rekod keempat Queen’s Club dalam hanya 64 minit ketika dia mempamerkan persembahan menarik di gelanggang rumput yang menyaksikan pemain nombor 17 dunia, Anderson dalam kebingungan.

Ini adalah tahun menarik bagi Murray apabila Terbuka Australia dilihat menyusul dengan perkahwinannya bersama Kim Sears April lalu.

Murray juga memenangi gelaran pertamanya di gelanggang tanah liat di Munich dan Madrid, dan mara ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Pemain berusia 28 tahun itu begitu teruja dengan tugasan bagusnya di barat London di mana dia mendakwa beraksi dengan lebih baik berbanding ketika dia mencatatkan kejayaan Wimbledon pada 2013.

Andy Murray berazam untuk menewaskan Novak Djokovic di Wimbledon. – AFP
Andy Murray berazam untuk menewaskan Novak Djokovic di Wimbledon. – AFP

Tetapi masih terdapat satu isu besar bagi Murray ketika dia menuju gelanggang latihan Wimbledon sebelum pertandingan diteruskan 29 Jun ini.

Bagi kesemua kejayaannya dalam lebih enam bulan, dia gagal untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh pemain nombor satu dunia Djokovic.

Murray hanya tewas enam daripada 41 pertandingannya pada 2015 dan empat daripada kekalahan itu hadir ketika menentang Djokovic di Terbuka Australia dan Miami dan empat terakhir di Indian Wells dan Roland Garros.

Namun Murray mendapatkan kekuatan daripada persembahannya dalam beberapa perlawanan, begitu juga dengan kemenangan Wimbledon dan Terbuka AS ke atas pemain Serbia itu dan menegaskan dia boleh merapatkan jurang jika bertemu sekali lagi pada All England Club.

ARTIKEL YANG SAMA