Murray benam Roberdo

Murray benam Roberdo

MONTREAL, 13 Ogos – Andy Murray menyelesaikan beberapa urusan yang belum selesai ketika pilihan kedua itu mara ke pusingan ketiga Jelajah ATP Montreal Masters semalam dengan kemenangan 6-4, 7-5 ke atas Tommy Roberdo.

Pemain dari Scotland itu menamatkan pertandingan yang dibatalkan kerana hujan lebat Selasa lalu dengan menghasilkan pukulan yang melantun di atas jaring sebelum jatuh ke sudut gelanggang Roberdo untuk mencatatkan kemenangan.

Tetapi agak mengecewakan bagi pemenang Terbuka Perancis, Stan Wawrinka yang tidak dapat meneruskan persaingan kerana mengalami masalah belakang, dengan pemain dari Switzerland itu mencatatkan kemenangan 6-7 (8/10), 6-4, 4-0 ke atas Nick Kyrgios.

Wawrinka, yang tidak beraksi selepas Wimbledon kerana kecederaan bahu, memanggil pelatih ketika dia ketinggalan dua break pada set ketiga. Selepas bercakap bersama pelatih dan jurulatihnya, Magnus Norman, pilihan ketiga berusia 30 tahun itu memutuskan untuk menghentikan pertandingan itu.

Murray akan bertemu Gille Muller – yang dikalahkannya sebanyak dua kali musim ini – ketika dia menamatkan pusingan kedua dengan 24 kemenangan dan 30 kesilapan mudah dan melakukan break empat kali.

Murray berjabat tangan dengan Roberdo selepas selesai perlawanan semalam. – AFP
Murray berjabat tangan dengan Roberdo selepas selesai perlawanan semalam. – AFP

Keduanya meneruskan pertandingan semalam selepas kedudukan terikat 4-4 dalam set pembukaan apabila hujan turun menghentikan persaingan pada malam Selasa.

“Ia adalah pertandingan yang sukar. Ada rasa gemuruh pada akhir set pertama,” kata Murray. “Saya memenangi dua permainan penutup untuk memenanginya. “Keadaan hari ini banyak berbeza dan berangin. Sukar untuk melakukan serangan dan bermain secara agresif. Saya terpaksa mengejar bola dan juga beberapa kali bernasib baik.

“Ia hari yang panjang dengan hujan turun dan saya gembira dapat menyelesaikannya kerana ia adalah beberapa hari yang panjang.” – AFP