Murray berjaya lepasi cabaran

Murray berjaya lepasi cabaran

CALIFORNIA, 13 Mac (Reuters) – Pemain nombor dua dunia, Andy Murray diberi cabaran getir oleh Marcel Granollers namun berjaya melepasi halangan dengan mencatat kemenangan 6-4 7-6(3) di perlawanan pembukaannya di Terbuka BNP Paribas, hari ini.

Murray mengetuai Great Britain meraih kemenangan ke atas Jepun di Terbuka Davis minggu lalu, namun di sebalik kejohanan berpasukan itu, dia sebenarnya sudah tidak menyertai pertandingan sejak tewas kepada Novak Djokovic di Terbuka Australia, Januari lalu.

Sejak dari itu, khabar berita mengenai Murray lebih banyak berkisar kepada kehidupannya di luar gelanggang dengan menyambut kelahiran anak sulungnya bulan lalu dan terbaru, menegur Maria Sharapova ekoran isu kegagalan ujian dadah.

Terdahulu, pemain Kanada Milos Raonic hanya memerlukan 55 minit untuk menewaskan Inigo Cervantes.

Aksi Murray selepas berjaya memenangi perlawanan menentang Marcel Granollers di Kejohahan Terbuka BNP Paribas. - AFP
Aksi Murray selepas berjaya memenangi perlawanan menentang Marcel Granollers di Kejohahan Terbuka BNP Paribas. – AFP

Raonic yang bermain untuk kali pertama sejak berdepan kecederaan pangkal paha yang menyebabkan dirinya tewas lima set di separuh akhir Terbuka Australia kepada Murray, gembira dengan prestasinya ketika ini.

“Untuk beraksi dan tak mengetahui sejauh mana keupayaan diri, mencari rentak, mencari asas yang diinginkan, menguasai permainan… sudah tentu saya gembira dengannya,” kata Raonic.

“Apabila saya melihat gambaran keseluruhan mengenai keupayaan dan peningkatannya, saya sangat gembira. Saya sudah dapat melakukan banyak perkara baharu dalam permainan.

“Saya menjadi lebih cekap untuk berlari ke depan jaring dan saya fikir saya mampu memberi lebih tekanan kepada pihak lawan nanti.”

ARTIKEL YANG SAMA