Murray bersemangat selepas menang Piala Davis

Murray bersemangat selepas menang Piala Davis

GHENT, Belgium, 1 Dis (Reuters) – Masih lagi segar setelah membawa Britain menjulang gelaran Piala Davis yang lama dinanti-nantikan, Andy Murray sudah bersedia untuk menambah lebih banyak kejayaan grand slam dalam koleksinya tahun depan.

Pemain itu, 28, yang beraksi lebih dari 100 pertandingan tahun ini dan bekerja lebih masa menentang Belgium di Ghent pada hujung minggu bagi memastikan Britain memenangi trofi itu buat kali pertama sejak 1936.

Sementara itu pemain dari Scotland itu menikmati rehat selama 10 hari selepas musim yang meletihkan, ia kemudian akan kembali bertugas ketika dia mula bersedia menjelang Terbuka Australia pada Januari depan, pertandingan di mana dia berada di tempat kedua sebanyak empat kali.

“Perkara paling penting adalah, ya, menikmatinya sekarang, tetapi tidak akan meneruskannya bagi tempoh tiga minggu dan berhenti bekerja keras dan pergi ke gim dan melakukan sesuatu yang betul, pemain itu, 28, pemenang Terbuka AS 2012 dan Wimbledon setahun kemudian, memberitahu wartawan sebelum berlepas pulang dari Belgium.

“Saya perlu berlatih kuat pada penghujung musim ini jika saya mahu berpeluang untuk memastikannya tahun depan.

Murray ketika memenangi perlawanannya pada Piala Davis sekali gus menobatkan Britain sebagai juara. – AFP
Murray ketika memenangi perlawanannya pada Piala Davis sekali gus menobatkan Britain sebagai juara. – AFP

“Saya berharap (memenangi Piala Davis) akan menjadi inspirasi. Ia memberikan saya peningkatan ke dalam musim penamat.

“Saya begitu hampir (di Australia) beberapa tahun. Saya belum mencatatkan kemenangan di sana tetapi saya rasa saya kerap bermain tenis yang terbaik. Saya suka dengan keadaan itu, gelanggang.

“Ia jelas tujuan besar saya seterusnya.”

Kejayaan besar terhadap rekod luar biasa Murray dalam Piala Davis sejak 2013, Britain sekarang menuju ke rangking Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan akan memulakan persaingan tahun depan sebagai pilihan utama apabila mereka berdepan Jepun pada Mac depan.

Murray, yang memenangi 11 dari 12 persaingan Britain tahun ini, termasuk tiga persaingan beregu bersama abangnya, Jamie, berkata ranking tersebut layak diterima.